Thursday, June 20, 2013




Secara ringkasnya,kami akan sentuh perkara-perkara seperti berikut :

  • Pengenalan VPN
  • Kelebihan Menggunakan VPN
  • Cara Menggunakan VPN

VPN ialah singkatan bagi Virtual Private Network. Jika anda pernah menggunakan web proxy, anda tentu mudah faham kegunaan VPN. Dengan menggunakan VPN, anda seolah-olah menggunakan akses peribadi untuk mengakses dunia internet ( public network ). Perbezaan VPN dan Proxy boleh diibaratkan perbezaan antara naik bas atau naik kereta sendiri ke tempat kerja. Jadi tentu anda boleh faham tentang kelebihan kereta sendiri kan?

Kelebihan Menggunakan VPN

Anoynymous : anda boleh melayari internet dengan identiti yang tersembunyi. Biasanya setiap kali anda mengakses internet, sambungan internet anda tu menggunakan ip address masing-masing. Di Malaysia, ada dynamic & static ( shared ) ip.

Akses Selamat : Jika anda melayari internet menggunakan hotspot/WiFI yang disediakan, berkemungkinan maklumat sulit anda dicuri orang. 

Data Encryption : Yang ini tak tau nak terangkan. Almaklum saya bukannya ada basic dlm programming ni. Apapun menggunakan vpn umpama anda mengakses laman web bank. Contohnya mengakses laman Maybank2u takkan sama seperti mengakses laman forum ni. Sebabnya data encryption le.

Akses Tanpa Had : Sesetengah negara, menghadkan akses internet ke sesetngh laman web. Ada juga owner laman web yang sekat akses pengguna dari negara-negara tertentu. Contohnya Veoh.com . Menggunakan proxy utk akses laman ni memang tindakan bijak, tapi lebih bijak jika anda menggunakan VPN sebab sambungannya stabil

Saya menggunakan VPN untuk tujuan :

  1. Akses dan download dari rapidshare. Jika anda subscriber celcom broadband, mmg leceh le nak download dari rapidshare
  2. Akses Veoh.com...Senang nak cari video2 menarik
  3. Daftar akaun2 penting seperti adwords, facebook, dll...
  4. Mencuba akses ke laman2 web yang berguna tapi menghadkan akses pengguna dari malaysia
  5. dan macam2 lagi le.

Cara Menggunakan VPN

Anda tak perlu risau. Setiap VPN provider ada menyediakan instruction untuk set up sambungan internet anda menggunakan VPN. Ada juga yang sediakan software utk tujuan tersebut. Jadi mmg mudah lerr


Kesimpulan

Jika anda ingin :
  1. identiti tersembunyi ( anoynymous )
  2. mengakses laman web yang disekat
  3. proxy yang stabil dan lebih hebat dr proxy

VPN ialah cara alternatif yang boleh anda fikirkan. 

1 comments:

  1. Vpn (Virtual Private Network) - Stylo Hacker Crew >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Vpn (Virtual Private Network) - Stylo Hacker Crew >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Vpn (Virtual Private Network) - Stylo Hacker Crew >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete

 
Toggle Footer